January 10, 2011

CAHAYA CINTA-ESYA ECAH



Kalau ini sudah takdirnya aku rela..kalau ini sudah akhirannya aku hanya berserah pada tuhan yang Esa.

Kalau disuratkan kau bukan untukku,sudah tentu aku akan tunduk dan hanya berserah,cinta bukan

segala-galanya,berakhirnya sebuah cinta tak bermaksud berakhirnya sebuah kehidupan

cinta itu hubungan antara dua insan,tapi kasih sayang itu sesuatu yang boleh diberikan kepada sesiapa

sahaja,tanpa syarat dan batasan,tanpa pendahuluan dan ansuran

Terima kasih kerana memberi aku pelajaran mengenai cinta dan kehidupan

Sesungguhnya kita tercipta atas nama cinta,dilahirkan kerana cinta,hidup bersama cinta dan mati kita

kerana dicintai olehNya.

Seorang gadis termenung di luar jendela kamarnya.Memandang langit merah,petanda suria akan melabuhkan tirainya.Apakah hari esok akan seceria hari ini,tak seperti hari-hari mendung semalam.Gadis itu termenung lagi,gembira melihat sekawan camar yang terbang pulang ke sarang.

“Akak!”suara itu,anak kecil itu menggapai tangannya.Ingin turut sama naik ke atas pangkuannya.Gadis itu mengangkat anak itu kepangkuannya.

“Uhm..dah berat dah Asyraff nie..makan apa nie…”ucap Gadis sambil mengucup dahi anak kecil itu.

“Akak,tengok burung! Ramai!” petah betul anak kecil itu berbicara,sambil menunjuk ke luar tingkap.

“Tikah,Asyraff,”suara lembut memanggil mereka berdua.

“Mama,jom tengok burung,ramai,”petah anak kecil itu bersuara

“Erm…sayang mama dua orang ni buat apa…” mama melangkah menghampiri mereka berdua.

Tikah terseyum dan Asyraff di ribanya menyeringai sambil ketawa.Ada hiba jauh di sudut hati Puan Azrin,melihat Asyraff di ribaan Atikah.

“Em,Tikah dah ready nk masuk sekolah esok?”

“Insyaallah ma,”

“Em,betul Tikah tak nak ambil tawaran UiTM tu?”

“Tikah tak sedia ma,bolehkan?”

“Em…boleh Tikah,”

“Tikah tak sanggup nak berjauhan dengan Asyraff ma,”

“Em…Tikah…yela…mama faham…”

Asyraff dah turun dari ribaan Tikah dan mula bermain dengan telefon bimbit Tikah.

“Asyraff…nak telefon sape tue?”

“Syraff nak tepon papa….”lirih suara itu

Kedua wanita itu berpaling,ada air mata yang bergenang di tubir mata Tikah.

Esok,Atikah Hani Abdullah akan memulakan sesi persekolahannya. Hatinya agak berdebar apatah lagi sudah hampir 2 tahun dia meninggalkan bangku persekolahan. Peperiksaan SPM dilaluinya hanya dengan belajar di rumah. Namun dia tega…menyambung persekolahannya di peringkat STPM,melupakan tawaran ke UiTM kerana dia tak tega untuk meninggalkan si kecil Asyraff.

“Ashraff?”

“Ye,”

“Kau dah ready lum?”

“Ready pe?”

“Yela tahun nie kita STPM tau,”

“Em…ntah la Zafrul,aku tak pasti….” Sambil tersenyum Ashraff berbicara

“Alah,kau,cakap kat mulut jer,kat hostel asyik study jer aku tengok,”

“Well my friend, see the leg laa…” Zafrul menggelengkan kepala melihat gelagat Ashraff yang memang suka menyakat.

“Ha…ko tau tak?”

“Pe dia lagi Arul,ko nie…banyak betul gossip…nie amik Ezzah punyer gen ek…suka bergosip,”

“Ko nie…aku serius nie…”

“OK…ok…ak serius pe die? Aku tak tahu…”

“Tadi Ezzah bagitau yang kelas dia ada student baru tau,”

“Iye?” acuh tak acuh Ashraff berkata.

“Budak tue tak masuk lower six tau,terus masuk upper six,”

“So?”

“Puan Sharifah bagitau kat Ezzah semalam,dan minta kita-kita nie bantu dia,”

“Ok…then?”

‘Yang paling penting Encik Ashraff budak tue perempuan,” Ashraff menganggukkan kepala tanpa reaksi di wajahnya.

“Ko nie Ashraff,aku bengang betul,kalau pasal perempuan buat dek jer,”

“Em,yela…dah tue,ko nak suruh aku buat ape?”

“Kiteorang nak kau yang tolong budak tue catch up study nanti,”

“La…asal aku pulak?”

“Ko kan best student kat skolah nie,”

“Ko tak yah ngarut la Arul,”

“Please Ashraff…kiteorang nak sangat tengok sebelum kita tinggalkan sekolah nie,ko ada awek,”

“Eh,korang nie,belum tengok pun lagi budak tue,dah rancang macam-macam,entah-entah dah ada pakwe minah tue,”

“Ala ko nie….” Ashraff tersenyum.

“Suke ati korang la…”

Atikah ditempatkan di PUA3,sekelas dengan Ezzah buah hati Zafrul. Ezzah menjadi rakan pertamanya di sekolah itu.Ezzah membawa Atikah melawat-lawat sekitar sekolah bagi membiasakan dirinya.

“Ash,ko da tengok ke budak baru tue?”

“Ha?”

“Comel siot….budak-budak nie la kata…ko tak nak usha ker?”

“Ko gi la nak usha,jangan sampai kena usha ngan Ezzah dah la,aku sibuk la,fail MPP ni tak kemas kini lagi,” Ashtaff sedang sibuk mengemas fail-fail yang ada di dalam almari.

“Ko nie,nie semua kerja Syikin la,”

“Aku tau…”

“Ala kalau kau suruh sekali jer,mesti Syikin buat,macam la tak tahu macam mana dia admire kat kau,”

“Dah la tue Arul,ko nie….Syikin tue bukan taste aku la…”

‘Eleh ko,taste pulak,ko bukannya penah kenal pompuan pun..”

“Well Arul,study lagi penting la…”

“Ok,kita wait and see,”

Siapa perempuan itu,wjahnya manis sekali,sekilas masa menawan hatiku. Tetapi matanya terkesan riak sendu,sendunya itu membuat hatiku terasa ingin mengenalinya. Siapa awak? Wajah awk menghantui saya,buat pertama kali dalam hidup saya.

“Arul,sape tue?”

“Sape?”

“Erm…yang tengah jalan ngan Ezzah tue,”

“Tue la jodoh kau,”

“Hah?”

“Tue la budak baru tue,”

“Iye…..”mata Ashraff tak berkelip-kelip melihat perempuan itu.

“Yap,nanti kita tegur dia tau,”

“Thanks my friend,aku memang suka dia,” ucap Ashraff tanpa sedar,kakinya melangkah pergi meninggalkan Zafrul yang terpinga-pinga.Ashraff berjalan terus,menghampiri perempuan itu,Ezzah yang melihatnya terpinga-pinga,tetapi melihat Zafrul yang memberikan isyarat supaya tidak mengganggu mereka berdua,Ezzah meminta diri ke tandas.

“Assalamualaikum,” lembut Ashraff memberi salam.

Sebaik mendengar ucapan salam itu,membuat Atikah berasa seram sejuk,dia berpaling,melihat tampang lelaki disebelahnya,membuat dia terbangun dan berlalu pergi,dia takut,lelaki itu memanggil dirinya,tetapi dia semakin pantas berjalan ke tandas. Di dalam tandas,dia menangis sesungguh hati,betapa dia berasa takut apabila ada lelaki mendekatinya,kenangan lama itu mengusik jiwanya,menakutkan dia,dia merasakan seperti ada lelaki itu sedang menghantuinya,menakutkan dia.

“Kenapa dia lari Ezzah?”

“Entah,aku tak tahu,”

“Muka aku menakutkan ke?”

“Entah….”Ezzah dan Fazrul sama-sama tergelak.

“Hm….aku rasa…..”

‘Kau rasa apa Ash?” Tanya Zafrul

“Aku rasa aku jatuh cinta kat dia la,”

“Sape?”

“Perempuan tue,”

“Ko biar betul,”

“Iye….nama dia apa?”

“Atikah Hani,”

“Erm…Tikah ek…’

“Yap,”

“Ko kirim salam aku kat dia,boleh?”

“Ok,”

“Cakap kat dia,aku nak berkenalan,Boleh?”

“Ye…nanti aku sampaikan. Isy,Ash nie…tau la nie first time kau fall in love,sabar lah sikit,” Ezzah mengutuk Ashraff. Ashraff tak mampu mebalas,dia hanya tersengih-sengih sambil menggaru-garu kepala.

“Ok…jom Arul,kelas Puan Hasyimah dah nak mula nie,”

“Ok..ok..bye sayang…..” Zafrul melambai-lambai tangan pada Ezzah.

“Sengaja ko eh,buat aku jeles,”

“Huhuhu…ala nanti ko boleh la buat macam tue,nanti kau ngan Tikah,”

“Macam Tikah tue confirm jer suke kat aku….aku tegur sikit pun dah lari,”

“Insyaallah Ash,kita try dulu ye,ko pun suka kat dia kan,”

‘Ehmm…ye….aku terpesona dengan kelembutan wajah dia,”

“Don’t fear my friend,kau akan dapat dia akhirnya nanti,” mereka ketawa bersama,Ashraff merenung jauh ke depan,melihat adakah ada takdirnya bersama Tikah.

“Tikah,kawan aku kirim salam,”

“Ye? Waalaikumsalam,siapa?”

“Erm…yang tegur Tikah tadi…”

“Oh….”Tikah mengangguk kepala.

“Dia tanya tadi,kenapa Tikah lari masa dia tegur tadi,”

‘Oh,takdelah,”

“Erm…dia baik orangnya Tikah,nama dia Ashraff Zikri. Dia sekelas dengan Zafrul,” Tikah hanya mendengar.

“Dia suruh sampaikan hajat dia,dia nak berkenalan dengan Tikah,boleh?”

“Erm….”

“Takpelah Tikah,Tikah fikir la dulu,berkawan dulu,kay,”

“Ok….erm,Ezzah nak gi rumah saya?”

“Kat mana?”

“Taman Cempaka”

“Iye?”

“Kenapa,macam terkejut jer?”

“Ezzah pun duduk situ,”

“Huhuhuh,boleh pulak sama,rumah nombor berapa?”

“Jalan 2/3,nombor 34”

“Oh..rumah Tikah, Jalan 1/3,nombor 21,”

“Nanti datang la bertandang,”

“Ok..petang nie boleh?”

“Boleh…lagipun mama tak start lagi kerja,”

“Mama Tikah kerja kat maner?”

“Kat Princecourt Hosptial,”

“Oh,sebagai?”

“Staffnurse jer,”

“Oh….hm…dulu Ezzah minat gak jadi nurse nie,”

“Then ?”

“Mama dan papa tak bagi,dieorang nak Ezzah ambil Law,”

‘Oh,bagus la,ikut arahan parents,Tikah dari kecil dah takde papa,papa meninggal masa Tikah dalam kandungan mama lagi,”

“Erm…I’m sorry…”

“Its okay,hurm…bukan salah Ezzah la…jangan la buat muka cemberut,nanti Arul nampak dia lari,”

“Isy,Tikah nie ada-ada jer,”

Usai waktu persekolahan,mama menjemput Tikah pulang sambil mempelawa Ezzah untuk bertandang ke rumah. Ezzah bersetuju pada hari minggu nanti. Setelah mereka berlalu,Ezzah ke perpustakaan,dia dah berjanji dengan Zafrul untuk mengulang kaji pelajaran bersama-sama.

“Camne Ezzah?”

“Camne pe?”

“Ko dah bagitau belum kat Tikah?”

“Pasal pe?”

“Pasal aku nak berkawan ngan die?” Ezzah buat muka nakal.

“Jangan la buat muka camtue…pat la Ezzah,aku nak gi latihan sukan nie…kang performance aku jatuh aku suruh coach salahkan ko ek,”

“Hahaaha…dah bagitau kat Tikah,dia kata ok..tapi bagi dia masa,”

“Ala…nanti ada la perkembangan tue…” Zafrul mencelah. “Ko nie gopoh la..sabar la…takkan lari gunung di kejar,”

“Memang takkan lari gunung dikejar,tapi nie manusia beb,manusia ada dua kaki,”

“Eh,ko nie…tue perumpamaan la….”

“Telinga aku panas jer…kat DM tadi dengar si Faris playboy tue dah aim Tikah,wei,aku tak nak kehilangan dia!!!” Ashraff buat muka cuak.

“Ala..kat kelas tadi pun memang si Faris tue duk mengusha Tikah,panggil-panggil,tapi Tikah buat dunno jer,inikan membalas,pandang muka si Faris pun tak,” ujar Ezzah

“Yeke Zah?”

“Iye….eh,ko nie dah kul baper? Dah dekat pukul 3.30,bukan ko nyer training start kul 3,dah lewat nie,” Ezzah mengingatkan Ashraff.

“Ha’a la…Ya Allah..dah lewat,k,aku chow dulu,Ezzah ada apa-apa roger aku tau,”

“Iye….gi la cepat…ko nie ganggu kiteorang dating la…” Zafrul berkata sambil tergelak.

“Wei mat,nak dating gi taman bunga la,bukan kat library,”

“Hehehe,wei mat,ni namanya dating with knowledge k,” mereka tergelak bersama-sama.

Ashraff berlalu pergi sambil dihatinya berbunga-bunga. Ashraff Zikri dilamun cinta….

Hujung minggu tue,Ezzah bertandang ke rumah Tikah.Mama menyambutnya dengan mesra bersama si kecil Asyraff. Mama memasak nasi beriani untuk santapan mereka bersama. Asyraff gembira sekali apatah lagi bila ada yang melayannya. Ezzah sangat gembira bermain bersama kanak-kanak,apatah lagi dia merupakan anak tunggal. Tapi terdetik di hatinya satu kemusykilan,Tikah ada mengatakan yang papanya meninggal semasa dia berada dalam kandungan mamanya,tapi siapa Asyraff yang masih kecil nie,dia diperkenalkan sebagai adik kepada Tikah.

“Terima kasih Ezzah sudi berkawan dengan Tikah,”

“Eh,mak cik,saya gembira kawan dengan Tikah,”

“Anak mak cik tue pelik sikit,”

“Biasa jer mak cik,takde yang peliknya,”

“Ezzah perasan tak yang Tikah,tak berapa boleh dekat dengan lelaki?”

“Hm…ada gak saya perasan mak cik,erm…hari tue ada kawan saya nak kenal dengan dia,kawan saya tue pergi nak berborak dengan Tikah,tapi Tikah lari,” Mama mengangguk kepala mendengar hal itu.

“Hm…dia begitu sejak 2 tahun dulu…dulu Tikah seorang yang periang,becok,dia boleh kawan dengan sesiapa pun,tapi sekarang,semua tue dah berubah,” mama nampak sedih. Ezzah menggenggam tangan mama, “Sabarlah makcik, ada hikmah lah tue,mungkin nanti Tikah akan sembuh dari kelukaan tue,”

“Ezzah tak tahu….”

“Tahu apa mak cik?”

“Erm…tak ape lah,suatu hari nanti, Ezzah akan tahu juga,” mama menamatkan perbualan lantas bangun berjalan ke tempat dimana Tikah dan Asyraff sedang bermain.Seribu persoalan terbit di benak Ezzah.

“Ezzah aku nak nombor handphone Tikah?”

“Hm?”

“Ye,no henset dia,ada tak?”

“Erm…ada…tapi..”

“Oh,ok…ko nak tanya dia dulu eh,okay,ko tanya die,kalau dia bagi cepat-cepat bagi kat aku tau,aku teringin nak borak dengan dia,kat sekolah inikan borak,nak duduk dekat pun dia dah gelabah,dia ada masalah dengan lelaki ke Ezzah?”

“Entah la,tapi ada gak nampak dia berperangai macam tue,”

“Hm….aku cintakan dia Ezzah,aku betul-betul jatuh cinta pada dia,”

Ashraff tenggelam dalam khayalannya,kalaulah dia boleh melihat em….dengan lebih dekat wajah itu,melihat lekuk bibirnya,hidung mancungnya,mata bundarnya,alangkah bahagia hati Ashraff,apatah lagi kalau dapat mendengar bicara si manis itu,mendengar gelak tawanya betapa dia akan tidur lena saban malam.

“Ashraff nak nombor Tikah,boleh?”

“Hm?”

“Ahraff nak nombor telefon Tikah,boleh?”

“Nak buat apa?”

“Entah dia,”

“Erm….”

‘Bagi lah Tikah,dia ikhlas nak kawan tue,”

“Em….bukan ke Ezzah ada nombor fon Tikah?”

“Means….Tikah bagi ke?”

“Erm…Ezzah ada kan,”

“Yap,Ezzah ada,on the spot Ezzah bagi kay,”

“Suke ati Ezzah la,” Tikah tersenyum.

“Erm…Tikah suka tak kat Ashraff?”

“Hm? Soalan apa tue?”

“Simple je la soalan tue Tikah,Tikah tak tertarik ke pada Ashraff?”

“Ashraff tue nampak baik kan,” perlahan Tikah bersuara.

“Ye Tikah…dialah ketua pelajar,kapten asrama,kapten bola sepak,semuanya lah,pendebat sekolah,dia all-rounders Tikah,takde orang yang tak akan berhenti melirik padanya,dia terlalu istimewa,”

“Tapi kenapa dia takde makwe? Saya ada banyak kali dengar mengenai dia meniti di mulut-mulut para gadis,tapi tak ada la pulak saya tengok dia berkepit dengan mana-mana perempuan,”

Ezzah tersenyum seraya berkata, “Sebab dulu dia tak buka hati dia pada sesiapa pun,banyak yang cuba mengetuk pintu hati dia,tapi dia menolak…kini dia nampak cahaya itu Tikah,dia Nampak gadis itu,gadis yang mampu membuat dia tersenyum dan gembira,Tikah tau siapa gadis itu?”

“Siapa Ezzah?” tertarik Tikah mendengar cerita Ezzah

“Gadis itu awak Tikah,Atikah Hani,”

Tikah terkejut,mendengar namanya disebut, “Kenapa saya? Saya bukan sesiapa pada dia,”

“Kerana awak bukan sesiapalah yang membuat dia jatuh hati pada awak Tikah,’

“Saya nie tak sempurna,dia tak kenal siapa saya,”

“Dia nak mengenali awak Tikah,dia betul-betul ikhlas nak mengenali awak,pegang janji saya Tikah,awak takkan menyesal mengenali dia,dia begitu sempurna,”

“Saya takut Ezzah,saya tak boleh mendekati lelaki,seorang pun saya tak leh dekati,saya takut,takut sangat-sangat,”

“Apa yang awak takutkan Tikah? Dia takkan makan awak Tikah,dia hanya nak kawan dengan awak dan berhasrat nak jadikan awak permaisuri hatinya,”

“Ezzah taukan saya tak boleh dekat dengan lelaki,”

“Saya tau,saya nampak, apa masalahnya Tikah,semuanya boleh diatasi,”

“Tak boleh Ezzah,tak boleh diatasi,semua tue dah berlalu,”

“Apa yang dah berlalu?”

“Ezzah…nanti saya cerita kay,”

“Ok…maaf saya terlalu memaksa awak menerima Ashraff,”

“Takpe,saya faham,”

Ashraff begitu gembira apabila mendapat nombor telefon bimbit Tikah,dia melompat-lompat kegembiraan,perasaan gembiranya itu menyebabkan dia mendapat kekuatan lalu memberikan banyak gol pada game petang tu. Huhuhuhu manusia,apabila kegembiraan melanda diri,semua perkara menjadi.

Malam itu,dengan konfidennya,Ashraff menempah public phone di asrama selepas prep.Huhuhuh orang dilanda angau,mujurlah junior-junior semuanya sporting dan member peluang kepada Ashraff.

“Tuela aku dah kata kat kau,pakai handphone tue,ko tak nak,patuh sangat kat peraturan hostel tue,” Zafrul membebel kepada Ashraff yang hanya tersenyum-senyum. “Aku tau la kau angau Ashraff,tapi takkan la sampai aku bercakap dengan kau,kau tak dengar,”

“Sori bro,aku excited sangat la…” Zafrul menggeleng-gelengkan kepala melihat Ashraff,

penangan cinta.

“Assalamualaikum,buat ape,mengganggu ke,” agak kacau bilau pertanyaan Ashraff,belum sempat Tikah menjawab,dia meneruskan soalan, “Tak studi ke? Studi ape? Tak tengok tv ke?” betapa mamat nie terlalu gementar. Tikah ketawa perlahan,mendengar pertanyaan yang berbagai macam.

“Assalamualaikum,” perlahan Tikah memberi salam.

“Waalaikumsalam,”sentak tiba-tiba berhenti Ashraff yang melalut kemana-mana

“Tikah sihat?”

“Alhamdulilah,”

“Terima kasih,izinkan Ezzah bagi nombor fon,”

“Its ok….”

“Erm…Tikah kenal tak Ashraff nie sape?”

“Erm..kawan Zafrul kan,”

“Yap,10 markah untuk Tikah,” Ashraff cuba membuat lawak,mereka ketawa bersama.

“Esok,Ashraff ada game,Tikah nak datang tak?”

“Hah?”

“Erm…kita tak pernah bertemu dekat,apatah lagi berbual,boleh tak Tikah datang masa Ashraff main esok,dengan Ezzah? Bolehkan?” tanpa memberikan peluang kepada Tikah untuk membantah,Ashraff menjelaskan hasrat hatinya.

“Saya….”

“Erm..lepas game,kita keluar,minum-minum,borak-borak,bolehkan?”

“Ashraff…” lembut suara Tikah menyebut namanya,membuat dada Ashraff bergetar

“Erm..please Tikah,saya nak minta izin awak,”

“Apa dia?”

“Saya nak mengenali awak,dengan lebih dekat,lebih rapat,” Tikah membisu.

“Saya tak pandai nak sembunyikan perasaan saya,boleh kita mulakan dengan berkawan?”

“Akan saya fikirkan Ashraff,” pendek jawapan Tikah

“Tikah tak kisahkan,”

“Hm…..”

“Tikah,kita jumpa esok ye,saya tunggu awak kat padang,”

“Ye saya,Insyaallah,”

“Saya berharap sangat,dan harap awak sambut permintaan saya nie,saya ikhlas Tikah,”

“Insyaallah Ashraff,Insyaallah,”

“Ok…maaf mengganggu awak malam-malam nie,selamat malam,assalamualaikum,”

“Takpe,selamat malam,waalaikumussalam,” Tikah memutuskan talian,manakala di seberang sana, Ashraff sedang tersenyum sambil memeluk gagang telefon.

“Abang,saya nak pakai fon sekarang boleh tak,” tiba-tiba ada seorang junior menegur Ashraff yang masih tersengih-sengih di hadapan telefon awam tersebut.Zafrul yang berada dibelakang dah terbahak-bahak ketawa.

“Woi bro,bagila budak lak pakai fon tue,kau nak peluk fon tue sampai bile?” Zafrul menjerit

kearah Ashraff yang Tersipu-sipu malu.

“Ye dik,sorry,abang tak perasan tadi”sambil menyerahkan gagang telefon,Ashraff berlalu pergi,wajahnya merona merah malu kerana perbuatannya yang agak keanak-anakan.

“Camne bro?”

“Camner pe?”

“Tikah ok?”

‘Alhamdulillah ok,” ucap Ashraff sambil mengusap-ngusap wajahnya.

“Wah,nampaknya lena la tido kau malam nie,” Ashraff tersengih tak mengucap kata.

“Aku rasa macam mimpi bro,betul ke aku bercakap dengan dia tadi,”

“Citerla sikit ,”

“Aku ajak dia tengok match esok,”

“Oh bagus la…nanti aku suruh Ezzah teman dia,”

“Thanks bro,memang itu yang aku harapkan,”

“Erm…lagi…”

“Aku bagitau dia hasrat hati aku,”

“Wah, lajunya!”

“Kau kenal aku kan bro,aku suka berterus terang,”

“Hm…pastue dia cakap pe?”

“Dia cakap dia akan fikirkan,”

“Hm..Insyaallah dapat la tue,”

“Em…aku pun berharap,cinta yang nak dipupuk nie bukan berdasarkan nafsu dan lahiriah sahaja,aku berharap supaya ini akan dapat memantapkan iman kami,”

“Insyaallah Ash,aku pun harap benda yang sama untuk kau,”

Tikah…terima kasih…walaupun awak hanya terima saya sebagai kawan awak,tapi itu semua dah cukup bernilai untuk saya,dah cukup buat saya gembira. Saya mahu menyayangi awak,hilangkan kedukaan di wajah awak,saya tahu masa saya akan tiba,nanti………

Ashraff…awak terlalu sempurna…saya takut nak mendekati awak… walaupun awak begitu ikhlas nak mengenali saya..biarlah kita berkawan dahulu mungkin suatu hari pintu hati ini akan lupakan kisah silam itu dan mula menerima awak….

Ashraff..aku tak tahu kenapa kakiku melangkah kesini,menepati janji yang ku sebut semalam. Melihat dirimu,melihat wajahmu yang berkeringat di tengah padang. Apakah kau serius dengan apa yang kau ucapkan?

Melihat Tikah menghadiri perlawanan petang nie mebuat hatiku berbunga-bunga riang. Terima kasih duhai sahabat membantu diriku mengejar cinta ini yang jarang benar singgah di hati. Terima kasih,indah rupanya cinta tue.

“Thanks Tikah datang petang nie,” Tikah hanya tersenyum. Ashraff sedang mengesat peluh,ramai mata-mata yang memandang mereka berdua.

“Nanti kita keluar minum boleh?”

“Erm…Tikah…”

“Jom la Tikah,kiteorang teman kay,” perlahan Tikah mengangguk. Ashraff tersenyum dalam hati.Sengaja Ezzah dan Zafrul meninggalkan mereka berdua dengan alasan ingin berjalan-jalan di taman. Tikah nampak tidak selesa ditinggalkan berdua dengan Ashraff,Ashraff tenang melihat dirinya.

“Tak nak ucap tahniah ke pasukan saya menang tadi?”

“Hah? Tahniah…” mendatar suara Tikah

“Macam tak ikhlas jer Tikah,”

“Mana ada,biasa jer,” dengan pantas Tikah membalas dengan mata yang besinar-sinar membuat Ashraff terkagum melihat dirinya.

“Tikah…awak nie cantik,” Tikah terkejut mendengar ucapan Ashraff

“Apa yang awak cakap nie Ashraff,saya tak suka,”

“Betul Tikah,pertama kali saya tengok awak,saya rasa awak terlalu istimewa,di mata saya,”

“Ashraff…”

“Tikah,saya tak suka sembunyikan perasaan saya,”

“Maksud awak?”

“Saya benar-benar jatuh hati pada awak Tikah,benar-benar cintakan awak,”

“Jangan cakap soal jatuh hati dan cinta dengan saya,Ashraff. Saya bukan perempuan yang layak untuk awak ,”

“Kenapa Tikah,saya betul-betul ikhlas dengan awak,”

“Ashraff…saya tak nak awak menyesal di kemudian hari,”

“Apa yang awak cakap nie Tikah,saya tak faham,”

“Saya tak sempurna Ashraff,ramai lagi perempuan yang lebih layak untuk awak,”

“Tapi saya nak awak..”

“Ashraff…suatu hari nanti..bila awak mengetahui tentang saya,awak akan menyesal mencintai saya,”

“Jangan cakap macam tue Tikah,saya terima awak seadanya dan harap awak juga begitu,”

“Ashraff beri kita masa,awak akan tahu kebenarannya,” Tikah bangun

“Awak nak kemana Tikah?”

“Saya nak balik,”

“Tunggu lah dulu,balik dengan Ezzah,”

“Tak ape,saya boleh balik sendiri,”Tikah dah menyandang beg di bahunya.

“Tikah..tunggu dulu…” Ashraff mencapai beg di bahu Tikah,menahan Tikah dari pergi.

“Ashraff…lepaskan beg saya,saya minta tolong…”suaranya berubah nada,denyutan jantungnya bertambah kencang.

“Naper Tikah…”Ashraff melepaskan pegangannya dan sepantas kilat Tikah berlalu pergi, terkesan air mata di matanya.

Tikah…saya dah buat awak nangis ke…saya dah buat awak sedih ke…Tikah apa masalah awak,kenapa tak nak kongsi dengan saya,salah ke Tikah..kalau saya benar-benar sayangkan awak,cintakan awak,Tikah…jangan seksa saya macam nie…

Maaf Ashraff…awak tak bersalah..saya yang tak mampu nak terima awak…saya rasa diri saya sangat hina…saya rasa tak berupaya..saya rasa saya tak boleh nak terima awak….Ashraff…

Ashraff merasa bersalah apabila melihat ada air mata di tubir mata Tikah,dia merasakan yang perbuatannya membuat Tikah berduka,dia rasa bersalah dan berdosa,dia merasakan bahawa dia telah membuat cintanya bersedih dan dia harus menebus kesedihan itu.Tapi apabila Ashraff menelefon Tikah malam tue,hatinya lega,apabila mendengar suara Tikah yang tenang dan tidak menunjukkan kemarahannya pada Ashraff. Sesungguhnya Ashraff lega.Tikah menjemput Ashraff untuk menghadiri kenduri yang akan diadakan pada hujung minggu nanti,dan undangan itu membuat Ashraff tersenyum dan segera bersetuju.

Hari minggu tue,Ashraff dan Zafrul tersenyum-senyum datang bertandang ke rumah Tikah.

“Eh sape budak ni Ezzah?”

“Oh..ni adik Tikah,” jawab Ezzah sambil mengangkat Asyraff keatas ribaannya.

“Erm…comel..macam akak die,” Ashraff cuba mencubit pipi Asyraff,tapi Asyraff mengelak dan tergelak.

“Oh…ngelat ek….nama apa nie..” ucap Ashraff sambil mendukung Asyraff.Asyraff mengekek ketawa gembira bila diusik Ashraff.

“Ash..ko nie…kang demam budak tue ko gurau-gurau camtu,”

“Ala…takkan,hahaha,”Ashraff gelak sambil menggeletek si kecil Asyraff. Mereka bergelak ketawa bersama.

“Eh..apa nama si kecil nie?” ashraff bertanya

“Sama nama ngan ko?”

“Hah? Ashraff eh…”

“ Asyraff ,”lembut anak kecil itu bersuara membuat Ashraff tersenyum,nalurinya tergugat. Ashraff mengucup lembut dahi Asyraff,semoga anak ini dirahmati Tuhan.

“Akak mane? Cari akak,cakap abang nak jumpa,” pinta Ashraff.Asyraff mengangguk,turun dan terus berlari ke dalam rumah,mencari Tikah.

“Comel anak tue,tentu jiwa dia terluka,mereka anak yatimkan?”

Ezzah mengangguk,pernyataan Ashraff membuat dia teringat pada satu perkara yang memburu benaknya. Persoalan yang tak berjawab.

“Akak cepat la!!!” jerit Asyraff memanggil Tikah sambil berlari dan sekelip mata berada diatas dukungan Ashraff

Tikah keluar dan menghampiri mereka yang sedang mengusik Asyraff.

“Akak,” riang anak itu melihat Tikah, “Jom la main ngan Asyraff,”

“Asyraff main ngan sape nie..”

“Ngan abang..ehehheeh” terkekek ketawa anak itu bila digeletek lagi oleh Ashraff.

“Asyraff…main elok-elok,’tegur Tikah

“Tikah,mama mana?” Tanya Ezzah

“Ada,kat dapur kot,”

“Oh…aku nak gi toilet jap kay,”

“Ok…”

“Mama,boleh Ezzah tanya sesuatu?”

“Tanya apa?”

“Kenapa dengan Tikah mama?”

“Kenapa apa? Apa maksud Ezzah?”

“Kat sekolah ada seorang mamat ni,kawan Ezzah,dia nak kenal dengan Tikah,tapi kenapa mama?”

“Kenapa apa?”

“Kenapa dia tak mahu didekati dan mendekati lelaki?”

“Apa maksud Ezzah?”

“Budak lelaki tue ada kat luar ma,”

“Sape? Ashraff?” Ezzah mengangguk

“Mama tak boleh cakap apa-apa Ezzah,dah puas mama nasihatkan dia,tapi dia tak dapat terima lelaki lain dalam hidup dia,”

“Tapi ma… Ashraff tue baik ma,dia terlalu sempurna,”

“Ezzah,itu pilihan Tikah,mama tak boleh paksa dia,”

“Hm…”Ezzah terdiam menyedari hakikat itu. “Ma,boleh Ezzah Tanya satu perkara lagi?”

“Pe dia sayang?”

“Siapa ayah Asyraff?”

“Kenapa Ezzah tanya macam tue?” terkejut Puan Azlin mendengar pertanyaan Ezzah

“Dulu Tikah ada bagitau yang arwah ayahnya dah lama meninggal,jadi Ezzah pelik siapa ayah Asyraff?”

“Ezzah….”muka Puan Azlin berubah,muram

“Mama..maafkan Ezzah,Ezzah tak bermaksud nak menyedihkan hati mama,”

“Tidak Ezzah,tak apa,” Mereka terdiam sejenak.

“Ezzah patut tahu sesuatu, mama rasa tak patut mama sembunyikan perkara ini dari Ezzah, apatah lagi Ezzah kawan rapat Tikah,tapi mama harap Ezzah dapat simpan rahsia ini,”

“Baiklah ma,Ezzah janji,”

Puan Azlin bercerita mengenai perkara yang menimpa anak kesayangannya Atikah Hani Abdullah dan Ezzah tekun mendengarnya setiap butir bicara membuat dia mengerti akan letak perkara yang sebenarnya.

Tikah maafkan aku kerana terlalu memaksa. Maafkan aku kerana tidak memahami dirimu duhai rafiq. Maafkan membuat kau terseksa jiwa dan batinmu. Tikah aku berjanji pada mama akan melindungi dirimu,akan mejadi pelindungmu supaya kau bahagia wahai teman.

Pn. Azlin melihat sayu wajah Tikah yang lena tidur sambil memeluk Asyraff. Sehingga kini dia masih menyalahkan dirinya atas kejadian yang menimpa Tikah. Atas apa yang telah berlaku,kecelakaan sehingga menyebabkan kehidupannya berantakan. Sehingga Tikah yang membesar sebagai pujaan ramai menjadi seorang yang berbeda dengan sifatnya.

Tikah…saya benar-benar sayangkan awak,sayang awak dengan sepenuh jiwa raga. Tak pernah saya rasa rindu sebegini. Saya tak tahu macam mana saya nak yakinkan awak,yang saya betul-betul ingin mencintai awak. Saya takkan sia-siakan perasaan awak Tikah. Tikah apa pun yang telah berlaku biarlah berlalu,kita yang masih hidup perlu memandang kehadapan,melihat pada masa hadapan.

Ashraff,hati saya berdetik bila melihat wajah awak. Siapa yang takkan tergugat pada tampang sepertimu,begitu sempurna. Ashraff…mereka berkata yang saya buta bila menolak awak,tak ingin menyambut cinta awak,tapi mereka tak mengerti Ashraff. Tak mengetahui apa yang Tikah hadapi. Apa yang Tikah alami. Kalau saya boleh,dah lama saya akan menerima awak. Tapi saya tak boleh Ashraff,tak dapat.

Tikah termenung di jendela melihat langit malam. Sesudah membuat susu untuk Asyraff,Asyraff lena kembali.Tikah menggagahkan diri untuk menyiapkan homework yang masih belum siap. Walau dia merasakan kepenatan hasil dari kenduri dan melayan si kecil Asyraff. Sesekali dia menjenguk Asyraff yang sedang lena di katil. Mama mengejutkan Tikah sambil membawa semug milo untuk Tikah.

“Oh,thanks ma,”

“Its ok dear…”

“Mama tak tido lagi? Tengok Asyraff tue lena tido,penat sangat kot,”

“Ha’a,nyenyak betul,suka dia boleh main-main tadi. Baik betul mama tengok kawan Tikah tue,”

“Sape ma?”

“Apa,yang tinggi,hitam manis tue..tadi….”

“Oh Ashraff ma,”

“Baik nampak budak tue Tikah,”

“Ma…ma nak cakap apa nie…”

“Erm….tak adalah…”

“Ma…..”

“Tadi Ezzah cerita kat mama,”

“Ezzah cerita apa ma?”

“Pasal Ashraff?”

“Ah mama….” Tikah mengeluh.

‘”Pasal hasrat Ashraff pada Tikah,”

“Mama,Tikah tak rasa yang dia sesuai untuk Tikah,”

“Kenapa? Erm..mama ada sesuatu nak beritahu,”

“Apa dia ma,”

“Tadi mama cerita pasal benda tue kat Ezzah,”

“Ma….kenapa?”

“Mama rasa….Ezzah patut tahu hal ini,dia patut tahu supaya tidak akan ada lagi persoalan dibenaknya,”

“Mama…..” Tikah memeluk mamanya erat.

“Maafkan mama sayang…Ezzah orang yang tepat untuk mengetahui tentang hal ini,”

Pn. Azlin tak menyangka pemergiannya ke jamuan di rumah kawannya akan meninggalkan satu kesan hitam dalam hidupnya. Tikah,anaknya nan seorang menegaskan ingin tinggal sendiri di rumah dan tidak mengikut mamanya ke jamuan tersebut. Walaupun tak sedap hati,Pn Alin tetap memenuhi undangan tersebut atas dasar kawan baik. Apatah lagi alasan Tikah yang ingin mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan projek sekolah menyebabkan mamanya ini bersetuju.

Namun,lambaian tangan dan senyuman manis Tikah itulah yang terakhir dilihat Puan Azrin,

selepas itu hanya air mata dan wajah kemurungan menghiasi wajahnya. Kemurungan itu berterusan.

Tikah tak menyedari ada seseorang memerhatikan kereta mamanya yang berlalu. Dia terus mengunci pintu dan berlalu ke biliknya. Seseorang telah memasuki rumahnya tanpa Tikah sedari. Lelaki…berniat hanya untuk merompak,tapi apabila melihat gadis secantik Tikah,nafsu siapa yang dapat menahan. Tikah tergamam apabila menyedari lelaki itu didalam biliknya. Memandangnya dengan pandangan penuh nafsu. Tikah dipukul dan ditampar sehingga tidak berdaya melawan. Apatah lagi tenaga gadisnya nak dibandingkan dengan tenaga lelaki sekuat itu. Umpama mimpi dalam mimpi. Tikah hanya mampu menangis,menangisi dirinya yang diperlakukan sebegitu hina oleh lelaki tersebut. Tanpa sebarang belas kasihan. Tikah tak sedarkan diri. Apabila dia tersedar,rumahnya telah habis diselongkar. Tikah melihat dirinnya,dengan pakaian terkoyak,sakit-sakit seluruh badan,dia berasa sangat kotor. Menyaksikan tompokan darah di atas katil menyebabkan dia menangis dan meraung sekuat hati. Tikah dapat merasakan yang hidupnya gelap dan kelam. Masa depannya akan hancur.

Pn Azlin yang baru pulang terkejut melihat rumahnya bagai dilanda taufan.Dia memanggil-manggil Tikah namun tiada sahutan. Pn Azlin berlari anak ke tingkat atas,dia terkejut melihat Tikah yang terperosok di ceruk dinding memandang padanya tanpa pandangan yang bererti. Pandangan yang kosong.

Peristiwa yang menimpa Tikah disembunyikan,Pn Azlin tidak mahu menghebohkan cerita itu,tentulah perkara seaib itu akan menjadi satu mimpi ngeri kepada keluarganya. Mimpi ngeri itu menjadi kenyataan,apabila suatu hari,Tikah mula muntah-muntah. Pn Azlin membawanya ke klinik untuk membuat pemeriksaan dan disitu segalanya bermula. Tikah disahkan

mengandung! Dicemuh masyarakat,itulah dugaan yang dihadapi oleh keluarganya,tanpa suami sebagai tempat berdamping, Pn Azlin terpaksa mengambil keputusan drastic untuk berpindah dari situ,ke tempat yang tiada orang yang mengenali mereka. Dengan usia Tikah yang baru memasuki usia 17 tahun,menghadapi peperiksaaan SPM adalah terlalu berat baginya. Dengan tanda mata dari perompak tue, Tikah lemah,pegangan hidup mula goyah.Masih terngiang di telinga Pn.Azlin,kata-kata Tikah.

“Kalau dia meragut kehormatan Tikah,apalagi yang boleh dikatakan,meraung dan menangis sepanjang hari pun,takkan dapat kembalikan ia. Tapi kenapa tinggalkan benih dia pada Tikah mama,Tikah tak sanggup!”

Tikah meninggalkan sekolah dan mengambil peperiksaan secara persendirian,apatah lagi dengan kehadiran orang baru dalam hidup mereka,membuat dia bertambah sibuk. Di awal kelahiran Asyraff,Tikah tidak dapat menerima hakikat tue. Tapi bila terpandang pandangan mata anak itu jernih dan berkaca-kaca, Tikah sedar bahawa, anak kecil ini tak bersalah,dan dia tak patut dibenci. Tikah cemerlang dalam peperiksaan SPM yang didudukinya. Namun dia tak tega nak meninggalkan si kecil Asyraff yang baru berusia setahun setengah ketika itu. Dia bertekad untuk menyambung pelajarannya di peringkat STPM sahaja. Namun keadaan Asyraff yang asyik sakit-sakit membuat dia hanya menjaga Asyraff di rumah sahaja, dan tidak menghadiri kelas untuk tingkatan 6 rendah. Tikah mula menyayangi Asyraff keletahnya,petah bicaranya,Tikah sedar yang Asyraff anak yang istimewa,dan dia harus bersyukur memliki Asyraff. Jika Asyraff dibawa bersiar-siar,mulutnya akan petah berkata-kata,mentafsir setiap apa yang dlihat oleh pandangan matanya. Tikah dan mamanya hanya akan tersenyum dan mengiakan. Masyarakat di sekeliling menyenangi si kecil Aysraff,dan apa yang mereka tahu Asyraff adalah anak Pn Azlin.

Suatu hari, Pn Azlin pulang dan membawa khabar gembira,mereka akan berpindah ke Kuala Lumpur, dia diterima bekerja di Princecourt Hospital. Pn Azlin juga menegaskan bahawa Tikah perlu menyambung pelajarannya. Meneruskan perjalanan yang terhenti.Dan disini Tikah berada bersama Ezzah dan Ashraff yang sangat-sangat menyintai dirinya. Takdir menemukan mereka berdua. Apakah cinta dapat bercambah di hati,atau benih itu hanya akan kering dan menyepi…

“Ma,”

“Ye sayang,”

“Tikah takut nak terima Ashraff,”

“Kenapa sayang?”

“Kalau dia tau hal nie…dapat ke dia terima Tikah?” Pn Azlin terdiam,hati orang,siapa yang dapat meneka….

“Aku dah cerita kat kau ni Ashraff,kau fikirlah sendiri,” Ezzah berlalu setelah menceritakan segalanya pada Ashraff.

Ashraff senyum nipis,hatinya bergelora,fikirannya buntu.Tikah…..

Kenapa bila rasa itu mula berputik,dia menyepi,pergi dari kehidupan ini. Tiada lagi senyuman dan sapaan mesra di pagi hari. Atau kata-kata manis yang boleh membuat hatinya tersenyum. Kuntum senyum itu tak akan mekar di bibir insan bernama Tikah,tapi jika dilihat pada pancaran matanya,semua pun tahu yang hatinya tersenyum.Ashraff kenapa awak sunyikan diri awak. Kenapa awak tak mahu mendekati saya lagi. Disaat saya mula mebuka sedikit pintu hati untuk awak masuki,awak pergi dan menghilangkan diri. Kenapa Ashraff?

Tikah terjenguk-jenguk semasa perhimpunan,mencari kelibat Ashraff. Jika tidak sudah tentu dia ada dihadapan sebagai ketua pelajar. Ke kanan ,ke kiri,Tikah menyoroti barisan. Dia hanya melihat Arul yang sedang sibuk kesana kemari.

“Kau cari sape tue Tikah?” sergah Ezzah.

“Oh..terkejut aku Ezzah.”

“Aku tengok kau tak senang duduk dari tadi. Kau cari siapa nie?”

“Erm..aku..aku..” Tikah tergagap-gagap.

“Kau apa?” Ezzah tergelak. “Ha..nie aku ada sesuatu untuk kau,” Ezzah menyambung percakapannya sambil mengeluarkan sesuatu dari poket baju kurungnya.

“Apa dia Zah?”

“Ni hah,Ashraff kirimkan kat kau,” satu kotak kecil cantik terbungkus dan sampul surat seperti surat disuakan oleh Ezzah. Ezzah mengambilnya dan menelek-nelek bungkusan tue.

“Tak payahlah kau telek sampai macam tu sekali Tikah , bukan bom la..kalau bom dah lama aku ngan Ezzah mati,” Zafrul menyampuk. Tikah tersenyum malu,lantas memasukkan hadiah tersebut kedalam begnya.

“Oh ya, Ashraff berkirim salam,” Zafrul bertutur perlahan. Baru sahaja Tikah ingin membuka mulut. Zafrul dah berkata-kata lagi, “Ashraff ke Johor,ada perhimpunan pelajar kat

sana,seminggu die ke sana,” Tikah mengangguk perlahan.

“Kau rindukan die kan Tikah?” perlahan Ezzah berbisik di telinga Tikah. Tikah hanya berpaling dan tersenyum malu tidak menjawab. “Aku tau kau rindu dia..”

Tikah tersenyum lagi,dia tak tahu nak mengiyakan atau menidakkan pernyataan itu. Dia hanya mampu tersenyum,tapi jauh di sudut hatinya,dia terasa rindu. Rindu yang perlahan menusuk kalbu.

Tak sabar Tikah nak membaca surat yang ditnggalkan oleh Ashraff untuk dirinya. Dia tak tahu kenapa dirinya berkelakuan sebegitu. Perlahan dia merasakan dia akan menerima Ashraff,tapi sebahagian daripada dirinya menidakkan perasaan itu. Atikah Hani sememangnya jatuh hati pada Ashraff Zikri.

Apabila lembaran kertas itu dibuka,matanya tertangkap pada coretan kata-kata itu

“Walau apa adanya dirimu..aku tetap menerimamu…mengasihimu sepenuh hatiku..selagi diizin Tuhan Yang Esa”

“ Salam…

Atikah Hani Abdullah..manis nama tue..padan betul dengan dengan Ashraff Zikri Zainudin..hurm…harap sangat awak sedang tersenyum ketika ini. Awak nampak manis bila tersenyum dan awak buat saya jatuh hati. Selama kita kenal, saya harap awak faham yang saya tak reti nak sembunyikan perasaan saya,perasaan yang saya benar-benar inginkan awak.

Tikah,saya balik dari Johor nanti boleh kita jumpa? Saya teringin nak berborak lama dengan awak. Nak tengok awak senyum lama-lama. Awak jangan lari pulak nanti bile tengok saya. Buruk sangat ke muka saya Tikah? Sampai hari tu awak lari bila saya tegur awak? Pelik betul awak. Tapi dalam kepelikan tue buat awak bertambah manis. Cinta buat apa yang kita nampak jelek jadi baik,kan sayang? Ops tersayang pulak saya,hurm..mesti muka awak merah padam sekarang. Saya suke! Walau macam manapun mimik muka awak,saya tetap sayang awak,tetap berminat nak menatap wajah awak.

Tikah janji dengan saya,awak akan datang nanti. Kita jumpa kat warung Mak Bedah je,jangan risau,lagipun saya bukan anak orang kaya nak ajak awak makan kat hotel. Heheheehe..Tikah..saya nak minta diri dulu,baju saya tak berkemas lagi nak ke Johor ni,kalau awak dah jadi awek saya kan senang boleh mintak awak kemaskan. Hihihi.

Ok..jaga diri baik-baik ye. Peluk cium untuk si kecil Asyraff dan kakaknya. Ops!!! Ahaahaha kirim salam pada makcik ye.

Wassalam,

Ashraff Zikri.

Tikah tersenyum sambil melipat kembali warkah itu. Dia mencapai kotak kecil berbalut cantik itu. Dengan cermat dia membuka balutan,tampak seperti kotak kecil. Dia membuka terlihat sebentuk cincin perak. Ada apa dengan cincin Ashraff? Tikah menggeleng-gelengkan kepala. Ada sekeping nota yang terselit dicelah kotak tersebut.

P/s: Ashraff tak tahu saiz Tikah,tapi orang tua-tua cakap kalau saiz jari manis gadis tue sama besar dengan jari kelinking kekasihnya,bermakna mereka ada jodoh lah tue.

Tikah tergelak dengan pernyataan tersebut. Dengan perasaan ragu-ragu bercampur nak tergelak dia menyarungkan cincin tersebut dijarinya. Ehm…padan dengan jari manisnya. Apakah ini petanda? Ashraff….

Tikah…terima saya Tikah…please…saya betul-betul sayang awak. Mulut boleh berbicara,lidah boleh melentur kata seenaknya,tapi mata Tikah,mata takkan menipu,tak pernah menipu apa yang dirasai jauh dalam hati ini. Tikah..hidup ini banyak dugaan dan aku ingin menjadi pelindungmu,penjaga disisimu,disaat suka dan dukamu, ketika tawa dan tangismu.

Termimpi-mimpi Ashraff mengenangkan Tikah. Membawa ke dalam lenanya.

“Aku lihat kamu tak keruan bah,” Alan rakan sebiliknya menegur Ashraff yang nampak tak keruan.

“Eh,takde apelah,”

“Iyoko nih,kawe tengok demo pelik jah,” Mat juga rakan sebiliknya turut sama menegur.

Ashraff tergelak kecil. “Korang nie..aku ok la…”

“Kawe kelih demo po ingat kat gewe jah,”

“Gewe tue ape Mat?” Alan bertanya dengan kerut di dahi.

“Gewe tue kekasih la Alan,” Ashraff menerangkan, Alan menganggukkan kepala.

“Hurm…yela Mat…aku rindu kat kekasih aku..eh,belum lagi la..dia tak nak jadi girl aku,”

“Kenapa pulak? Pelik tuh,” Alan bersuara sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.

“Aku tak tahu la..aku suka sangat kat dia dan dah bagitau dia,tapi dia masih tak terima aku lagi,”

“Huh,parah tue,” Mat bercakap

“Kau bukannya tak hensem Ashraff..hensem..macam Ashraff Muslim” Alan memuji.

“Macam mana perempuan tue boleh tak suka kau eh,”

“Entahlah korang,aku pun tak tau kenapa,”

“ Sabar jela Ashraff. Perempuan kan lama-lama cair la tue,”

Ashraff hanya tersenyum sambil merenung langit.

Tikah,awak dah baca belum surat saya? Cincin tue dah tersarung ke pada jari awak. Sepanjang saya disini,tak pernah sedetik saya melupakan awak. Wajah awak terbayang-bayang di mata saya,suara awak terngiang-ngiang di telinga. Tikah, awak tahu tadi lawak betul, sebelum mulakan pembentangan kumpulan,fasilitator minta saya bacakan doa,tapi awak tahu Tikah, saya buat kesilapan besar,malu betul,saya bacakan doa makan. Ahahaha Tikah,semua orang ketawakan saya,tak terkata saya,Cuma senyum Tikah. Sesungguhnya saya sedang angau,angaukan awak Tikah.

Cincin itu masih berada di dalam bekasnya. Mama sendiri dah melihat cincin itu,manakala si kecil Asyraff merengek inginkan cincin itu. Ezzah sangat gembira apabila Tikah menunjukkan cincin itu,malah dia tak berhenti-henti meminta Tikah menerima Ashraff. Tikah tak tahu,apabila melihat Ezzah dia merasa sayu,sahabatnya nan seorang ini betul-betul mahukan dia bahagia,benar-benar mahu dia gembira. Pandangan mata Ezzah bila melihat Asyraff juga memperlihatkan satu perasaan kasih sayang. Ezzah,aku tak tahu bagaimana mahu menghadapimu duhai sahabat,aku tak tahu bagaimana nak berbicara dan bergelak tawa denganmu setelah kau mengetahui mengenai rahsia ini. Rahsia besar yang aku sembunyikan selama ini. Mengertikah kau duhai sahabat,pada kesakitan dan kelukaan yang aku alami ni?

Tikah menidurkan Asyraff,malam tue, Ezzah tidur di rumahnya,mereka akan mengulang kaji bersama-sama, peperiksaan percubaan yang kian menjelang,membuatkan mereka semakin berusaha bersungguh-sungguh. Apatah lagi,ibu bapa Ezzah tidak ada di rumah kerana outstation.Asyraff tidur lena di katilnya, Ezzah memandang sayu anak itu,dia mengusap ubun-ubun anak itu,semoga dia membahagiakan ibunya.

“Asyraff anak yang istimewa Tikah,” tiba-tiba Ezzah bersuara,mengejutkan Tikah yang sedang leka menulis formula makroekonomi.

“Ezzah…”lirih suara Tikah.

“Kenapa Tikah nak sembunyikan hal nie…”

“Tikah….”

“Tikah….Ezzah ada disisi Tikah,Ezzah menyayangi Tikah macam kakak Ezzah,” suara Ezzah mula berubah nada

“Ezzah..Tikah..”

“Ezzah nak kongsi apa yang Tikah rasa. Ezzah nak rasa apa yang Tikah rasa. Ezzah nak menyokong Tikah,walau apapun yang terjadi. Walau apapun yang telah berlaku,” perlahan Ezzah menghampiri Tikah.

“Ezzah..Tikah…” mereka berpelukan,tangisan mengalir dipipi masing-masing.

“Maafkan Tikah,”

“Tikah tak percayakan Ezzah ke?”

“Bukan macam tue…”

“Tikah malu…”

“Bukan salah Tikah,apa yang nak dimalukan,Tikah…”

“Tapi kenapa Tikah, Tikah tak pernah buat tak senonoh,Tikah hanya seorang budak perempuan yang tak tahu apa-apa,kenapa Tikah Ezzah,menanggung kesakitan dan keperitan nie,”

“Tikah….” Semakin erat pelukan mereka berdua,Tikah mula mengongoi di bahu Ezzah.

“Kenapa dia rosakkan Tikah,Tikah tak izinkan dia memperlakukan Tikah sebegitu rupa,kenapa dia tinggalkan benih dia pada Tikah,kenapa dia biarkan Tikah menderita macam nie. Menanggung keperitan mengandungkan anak ini,dan menjaga dia sepenuh hati. Kenapa Ezzah?” Tikah meluahkan segalanya,apa yang terbuku dihatinya,apa yang dirasa olehnya.

“Ini takdir Tikah,”

“Semua orang cakap benda yang sama,mama,polis,doctor,semua berbicara tentang satu perkataan tue, takdir! Tapi kenapa takdir nie berlaku pada Tikah,kenapa bukan pada orang lain?”

“Sebab,semua ini takdir Tikah….” Perlahan Ezzah membangunkan Tikah dan membawanya mendekati katil Asyraff.

“Lihat anak ini Tikah,” Ezzah menunjuk kearah Asyraff yang sedang tidur lena.

“Anak ini lahir dari perut Tikah,dia lahir kerana kasih sayang Allah swt pada Tikah. Allah sedang menguji Tikah,sesungguhnya,tidak Allah memberikan sesuatu dugaan itu lebih berat dari apa yang mampu ditanggung oleh hamba-Nya Tikah,”

“Ezzah tak faham, Ezzah tak lalui semua ini,”

“Cerita pada Ezzah Tikah,luahkan pada Ezzah,semoga Ezzah memahami persoalan ini. Ezzah cuba menjadi pendengar yang baik,Ezzah nak memahami Tikah,sepertimana Tikah memahami Ezzah,”

“Ezzah…”

“Hidup banyak dugaan Tikah,tapi lihatlah disekeliling Tikah,ramai orang menyayangi Tikah,sedang menyayangi dan akan menyayangi dan terus menyayangi Tikah. Pandang sekeliling Tikah,Tikah tak seorang di dunia nie, Tikah ada mama,si kecil Asyraff, Ezzah,Arul,kawan-kawan kita,semua dan yang paling penting Tikah,Tikah ada Ashraff, Ashraff Zikri yang sedia menunggu Tikah,sedia menyayangi Tikah, ingat tue Tikah,”

“Ezzah…Tikah…” Atikah Hani Abdullah kematian kata-kata.

“Tikah…Ezzah…” rupa-rupanya Pn Azlin berada di muka pintu,dipipinya,air mata mengalir.

“Mama..”serentak mereka bersuara. Mereka berpelukan,menangisi keperitan itu.

Tikah…hari nie Ashraff balik,rindu sangat pada Tikah. Kenapa dengan diri ini,tak dapat menahan perasaan. Memikirkan mengenai perkara itu membuat kepala Ashraff berdenyut-denyut. Selepas pulang dari Johor tempoh hari, Ashraff terus pulang ke rumahnya. Dia memerlukan seseorang untuk meluahkan perasaan,berkongsi apa yang dirasakan olehnya,ibunya.

“Masa silam seseorang adalah masa silamnya. Kita tak berhak untuk mempersoalkan apa yang dia hadapi dan apa yang dia buat sebelum dia bertemu kita. Jika kita benar-benar ikhlas dengan nama Allah,menyayangi dirinya,walau hina apapun dirinya,kita akan mampu terus menyayanginya,” tenang ibunya berbicara selepas Ashraff menceritakan perihal Tikah.

“Ashraff,ibu tak tahu kenapa Ashraff terlalu menyayangi Tikah,tapi ibu dapat rasakan yang Tikah memang seorang gadis yang baik dan tak salah untuk Ashraff menyayangi dia. Kalau benar ikhlas tue ada di hati Ashraff,asuh dan bimbinglah dia sebaiknya. Sayangi anaknya sepertimana Ashraff menyayangi ibunya,”

“Ibu..terima kasih,” Ashraff mencium tangan ibunya. Betapa dia dapat melihat cahaya setelah meluahkan segalanya pada ibu.

Semalam,Ashraff menelefon Tikah,meminta untuk bertemu. Tikah bersetuju,namun meminta untuk membawa bersama Asyraff sebagai peneman. Ashraff gembira bukan kepalang,selain merindui Tikah,dia juga merindui si kecil Asyraff.

“Akak,Asyraff da lama tak gi taman,mama sibuk…Asyraff nak main buai,” rengek Asyraff pada Tikah yang sedang menyalin nota sejarah.

“Erm…adik akak nie nak gi mana,” ucap Tikah seraya mengangkat Asyraff ke ribaanyya.

“Asyraff nak gi taman….”

“Erm..ok..esok akak bawa gi taman kay,”

“Erm..Asyraff nak jumpa Abang Ashraff,leh tak akak?”

“Kenapa Asyraff nak jumpa abang?”

“Asyraff nak main dengan abang,abang best!!!!”

“Yeke..”

“Yela akak,best!!!” tahukah kau duhai anak,apa yang tersirat dihati ibumu ini.

Mengenakan blaus biru dan seluar hitam,Tikah nampak manis. Asyraff tak henti-henti membebel,melihat Tikah yang lambat bersiap. Jam baru menunjukkan jam 4.30 petang,sedangkan dia berjanji dengan Ashraff untuk ke taman permainan jam 5. Ashraff menjemput mereka berdua di rumah,mama mengizinkan mereka pergi. Ada senyuman di mata mama.Asyraff berlari-lari,meninggalkan Tikah dan Ashraff yang sedang berjalan perlahan-lahan di belakang.

“Asyraff hati-hati!” jerit Tikah melihatkan Asyraff yang sedang memanjat.

“Tak apa Tikah,Asyraff kan anak lelaki,” Ashraff bersuara setelah sekian lama mereka membisu.

Tikah berpaling,melihat tampang itu. Melihat wajah lelaki yang kini mengganggu tidur malamnya. Kenapa awak hadir dalam hidup saya Ashraff? Kenapa awak hadir sedangkan saya tak dapat menerima awak.

“Awak apa khabar Tikah?” lembut suara itu menyucuk-nyucuk tangkai hatinya.

“Sihat, Alhamdulillah,awak?”

“Saya pun,Alhamdulillah,”

“Seronok ke Johor?”

“Ok…not bad wak..” Tikah hanya menganggukkan kepalanya,memalingkan wajahnya,melihat Asyraff yang kini sedang leka bermain buaian.

“Tikah….tak sudi tengok muka Ashraff ke? Buruk sangat eh muke Ashraff,”

Wajah Tikah merona merah. “Jangan la cakap macam tue Ashraff,”

“Dah tue,Tikah cam tak sudi je,” Tikah hanya membisu,dan mencuba menatap wajah itu,mencuba mencari dimana mata jejaka itu,apakah keikhlasan disitu. Ashraff tersenyum,dia gembira melihat wajah merah Tikah,nampak manis…Tikah,awak memang buat saya jatuh cinta!

“Oh ya,nie ada something tuk Tikah,” Ashraff menghulurkan sebungkus hadiah untuk Tikah,”

“Apa nie Ashraff…susah-susah jer,”

“Tak susah Tikah…” Tikah membelek-belek bungkusan tersebut. Lantas meletakkan bungkusan tersebut di tepi.

“Oh ya,ibu saya kirim salam pada Tikah,”

“Waalaikumusalam,”

“Ibu teringin nak jumpa bakal menantu die nie,” Tikah tersentak,pantas berpaling melihat Ashraff yang sedang tersenyum.

“Betul…dan saya dah cakap kat ibu yang soon,very soon…heheheeh” Ashraff ketawa. Riak wajah Tikah mula berubah.

“Tikah boleh saya tanya tentang sesuatu?”

“Apa dia Ashraff,tanyalah,” terkesan getaran di nada suaranya.

“Tikah tak pakai cincin yang Ashraff belikan?” sayu nada soalan itu.

“Oh….” Tikah membuka beg disisinya dan mengeluarkan kotak baldu itu,seperti sedang mengeluarkan hati Ashraff..pedih!

“Kenapa Tikah?” Ashraff mula cuak.

“Saya tak boleh terima ini…”

“Kenapa?”

“Saya tak layak,”

“Apa maksud Tikah dengan tak layak, Tikah layak, sebab Ashraff sayang dan cintakan Tikah,’

“Tidak Ashraff,Tikah tak layak untuk Ashraff,”

“Kenapa Tikah,cuba jelaskan pada Ashraff,”

“Cuba Ashraff lihat disekeliling,ramai orang yang sukakan Ashraff,berhajat menjadi kekasih Ashraff,menjadi suri dalam hidup Ashraff,”

“Tapi Ashraff hanya mahukan Tikah!”

“Atikah Hani bukan untuk Ashraff Zikri,Atikah Hani tak sempurna untuk Ashraff Zikri!”

“Siapa cakap Atikah Hani tak sempurna,siapa cakap yang Ashraff Zikri sempurna,Ashraff Zikri hanya akan sempurna jika dia bersama dengan Atikah Hani! Awak belahan jiwa saya Tikah,saya pasti,sesungguhnya pasti…awak akan jadi milik saya,selamanya”

“Ashraff….” Tikah kehilangan kata-kata.

“Tikah…please terima Ashraff, Ashraff nampak ada sesuatu di mata Tikah,Ashraff tahu yang Tikah pun sayangkan Ashraff kan,betul tak?” Tikah kematian kata-kata. Dia tak mungkin berbohong dengan perasaannya. Namun dia tetap membisu dari berkata-kata.

“Tikah…..” Ashraff memulakan bicara.

“Ashraff dah tahu….” Perlahan tangannya mencapai tangan Tikah.

“Kisah silam Tikah,siapa Asyraff,dan kenapa Tikah disini…” Tikah cuba melarikan tangannya,tapi pantas direnggut oleh Ashraff kembali.

“Ashraff dah tahu Tikah…Ashraff tetap sayangkan Tikah. Walau apa adanya Tikah,apa adanya jugalah pada Ashraff sayang….”

“Saya tak sempurna Ashraff,Ashraff fahamkan! Saya perempuan kotor! Dah la kotor ada anak luar nikah lagi!” Tikah menjerit-jerit.

“Tikah…Ashraff ada kat sini,Ashraff nak sayang Tikah..nak bahagiakan Tikah..nak anggap Asyraff macam anak Ashraff sendiri,Tikah fahamkan hasrat hati Ashraff. Tikah dan anak kecil tue tak bersalah Tikah,ini satu kemalangan dan dugaan Tikah,dugaan!”

“Tapi saya tak mampu Ashraff,apa kata orang nanti,”

“Pedulikan Tikah,manusia boleh berkata-kata selagi mereka boleh berkata-kata,bila dah tak larat,mereka akan diam sendiri, cinta akan memadamkan kata nista orang lain,selagi kasih sayang kita kuat terikat,kita takkan tergugat dengan kata-kata orang lain.”

“Tikah….” Air mata itu mengalir disudut pipinya. Sayang,jangan menangis awak buat hati saya pedih!

“Ucapkan Tikah,ucapkan yang Tikah sayang pada Ashraff,please Tikah,Ashraff tahu yang Tikah rasa apa yang Ashraff rasa….saat ini,sebelum ini dan masa depan kita,lepaskanlah Tikah,untuk Ashraff,mama dan si kecil Asyraff,untuk semua yang menyayangi Tikah dan sentiasa mendoakan kebahagiaan Tikah,”

“Ashraff…..”genggaman tangan Ashraff dibalas oleh Tikah. Oh….Alhamdulillah…

“Akak,kenapa akak nangis?” tiba-tiba si kecil Asyraff menghampiri mereka. Asyraff menyeka air mata di pipi Tikah sambil tersenyum.

“Syraff tak apa-apa la kak,Syraff jatuh sikit jer,jangan la nangis gini,” Asyraff memeluk Tikah, Ashraff memeluk Asyraff. Ya Tuhan..terima kasih…kekalkan kami begini…desis suara hati Ashraff. Cinta itu indah bila disulam dengan kepercayaan.

Dah lima tahun berlalu,sejak dari peristiwa itu. Setelah lulus dengan cemerlang dalam STPM mereka berdua melanjutkan pelajaran dalam bidang masing-masing. Tikah menyambung pengajian dalam bidang pendidikan pra-sekolah,sementelah Ashraff meneruskan pengajiannya dalam bidang psikologi. Kini Tikah bersama mamanya telah membuka sebuah taman didikan kanak-kanak.Aku? Aku pula bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai konsultan dan kaunselor. Setiap hari,tak pernah aku berhajat nak pulang lewat ke rumah,kerana aku tak tega untuk tidak mendengar suara si kecil Asyraff,memanggil aku papa,hatiku tersentuh pabila mendengarnya. Anak ini begitu gembira apabila mengetahui akhirnya dia mendapat seorang ayah yang boleh dipanggil papa,dan aku,hampir menitiskan air mata kerana terharu dengan perlakuannya. Betapa aku menyayangi anak kecil ini sepertimana aku menyayangi mamanya,sesungguh hatiku. Tuhan,jangan palingkan hatiku dari menyayangi anak ini,sesungguhnya anak ini terlalu istimewa.Masih aku teringat soalan yang diajukan pada ku. Kenapa namanya Mohd Asyraff bin Abdullah,dan bukan Mohd Asyraff bin Ashraff Zikri,mamanya terkesima,namun aku hanya tersenyum dan memeluknya,lantas berkata bahawa, Asyraff adalah anak yang dianugerahkan tuhan pada mama dan papa,Asyraff adalah kurniaan istimewa dari tuhan. Sesungguhnya anak itu memang mudah mengerti,dia tersenyum dan berkata,sebab tuelah mama dan papa sayang kat Asyraff. Sesungguhnya aku bersyukur dengan takdir ini. Walau banyak mata-mata yang memandang serong pada kami,namun aku tak kisah,yang aku tahu,kami tak pernah buat masalah pada masyarakat,mereka boleh kata apa sahaja. Hanya kami yang menanggung sakitnya. Tikah seorang isteri yang baik,penyayang dan bijak. Dia sentiasa disampingku,setiap suka dan duka ku. Mendampingiku,menyenangkan hatiku. Ibu,Ashraff memang tak salah pilih isteri. Dia sememangnya yang terbaik.

Melihat ayah dan anak itu berlari-lari di tepian pantai membuat hatinya tersenyum.

Alhamdulillah,takdir menemukan kami. Aku bersyukur mendapat Ashraff yang penuh pengertian,dengan trauma ku dengan lelaki,dengan perasaan rendah diri aku,dengan ketakutan aku pada cemuhan orang ramai. Dia tak segan tuk melamar aku,walau dia tahu bagaimana keadaanku,dia gembira disisiku,keluarganya,semuanya penuh pengertian. Ezzah..ya..Ezzah dan Arul pun turut bahagia bersama,mereka gembira melihat kami bahagia dan kami juga begitu. Tanpa Ezzah,aku tak tahu mungkinkah aku dapat menerima Ashraff dalam kehidupanku,menyayanginya.Kini aku sedang mengandungkan anak Ashraff,anak keduaku,betapa dia gembira bila mendengar perkhabaran itu. Asyraff juga tak sabar-sabar nak mendapat adik baru. Aku berharap Ashraff akan menyayangi mereka seadanya,seperti mana sekarang,tak lebih dan tak kurang.Sayang,terima kasih kerana hadir dalam hidup saya,terima kasih menerima saya,kelebihan dan kekurangan saya,suka dan duka saya. Terima kasih untuk takdir ini,cahaya cinta berakhir disini…


p/s:hehe..1st cerpen y ending die hepi2!