Powered By Blogger

July 30, 2011

percubaan pertama.... (Kisah Milik Kita)

“Janji dengan saya satu perkara,kalau saya pergi,jangan tangisi pemergian saya,kalau saya lupakan awak,tolong ingatkan saya. Kalau kita bertemu tapi saya memandang kosong wajah awak,tolong tunjukkan foto-foto kita bersama. Mungkin saja saya akan merengus dan berlalu pergi,tapi ketahuilah dalam hati saya pernah ada nama awak,sayang untuk awak”


“Abang,berhenti please!!!” Liya tiba-tiba menjerit,mengejutkan aku yang sedang memandu. Sebaik kereta berhenti,dia terus membuka pintu dan memuntahkan segala isi perutnya. Sekali,hatiku rasa sayu,nak tergelak,segalanya bercampur. Setelah mematikan enjin,aku keluar,mencapai sebotol air mineral. Menyuakan pada kekasih hatiku ini.

“Kumur dengan air nie,” ucapku sambil menggosok belakangnya. Dia masih merasa loya mungkin. Dia mencapai botol dan berkumur. “Hurm,kan abang da kate,sayang nak gak makan rojak ngan cendol tadi,”

“Ala..tapi Liya nak…” matanya berkaca…aku tak tahu kerana sedih atau apa. Atau aku yang salah cakap?

“Ok…kita balik k,sayang rehat kat rumah,sayang bukan sihat sangat pun.” Aku membantunya menurunkan seat kereta dan menyelimutkannya dengan sweater ku. Satu-satunya pakaianku yang digemari oleh gadisku ini. Aku memandu perlahan,sesekali memandang dia yang sedang tidur disebelah. Tuhan,aku ingin hidup dengan dia,tiada yang lain.

Liya gadisku,dan aku Rizal jejakanya. Mengenali dia lewat teman-teman yang bersungguh-sungguh menjodohkan kami bersama. Dari sekadar teman biasa,kami menjadi pasangan istimewa. Pada pandangan pertama,sudah bergetar seluruh rasaku,tapi kuabaikan. Berharap semua itu hanya mimpi. Tapi hari demi hari,aku tak dapat menidakkan perasaan itu lagi. Tika itu,saat itu,takkan kulupakan seumur hidupku.

Hati riang tak terkata,hajat dihati,selepas mesyuarat jabatan yang melelahkan tu,aku nak balik dan berehat di rumah. Tetapi sebaik sahaja mendapat pesanan ringkas daripada Liya,secara tiba-tiba badan penat menjadi segar. Tiba-tiba! Sungguh aku tergelak sendiri. Hati berkira-kira,untuk apa dia ingin bertemu denganku. Sedangkan sudah lama kami tidak ketemu,kali terakhir ketika majlis pertunangan Tikah sahabatnya yang dihadiri kami berdua.

Selepas bersiap ala kadar,aku memandu ke Tasik Permaisuri. Berdekatan sahaja dengan tempat kerjaku,PPUKM. Melihat dia yang hanya memakai blaus putih dan jeans,membuat jantungku berdegup kencang.

“Assalamualaikum,” ucapku. Dia berpaling. Liya kenapa mendung wajahmu. Liya tersenyum tawar sambil menjawab salam,dan aku duduk disisinya. Serasa bermimpi,aku sedang duduk disebelahnya.

“Rizal,” perlahan dia menyebut namaku. Aku berpaling,memberikan dia senyuman paling manis.

“Kenapa Liya?” Dia memberikan aku sekeping kertas,kelihatan seperti satu keputusan ujian.

Dengan rakus aku membaca butiran diatas kertas itu. Aku terkesima. Aku arif benar dengan ujian-ujian yang tertera diatas kertas tue, complement C3 C4,APTT,PTT,IgG,IgM,ANA semua nie membawa kepada diagnosis….aku menghela nafas panjang dan seketika Liya bersuara,

“Rizal,awak tahukan apa maksud semua tue?” Aku mengangguk lemah,baru sahaja aku ingin membuka mulut bersuara,dengan tiba-tiba dia memeluk diriku,disaksikan masyarakat,tiba-tiba aku berasa malu. Namun bila mendengar esak tangisnya dibahuku,aku sedar,aku tak bermimpi.

“Rizal,Liya takut!” tangisnya makin menjadi-jadi.

“Syhhh..Liya…syhhh…”aku cuba menenangkan dia…ya aku memang tak berbakat,kerana
tangisnya semakin menjadi-jadi. Tangan aku perlahan mengusap rambutnya. Cuba menenangkan dirinya.

Dalam teresak-esak,dia berbicara, “Liya da tengok kat internet,dengar banyak cerita pasal penyakit nie,takde ubat...takkan sembuh...Lisa takut,” dia mula mengongoi dibahuku. Aku kelu seribu bahasa.

“Liya,Liya dengar sini..”

“Liya takut Rizal,kenapa Liya? Kenapa Liya yang perlu dapat ni? Liya tak pernah buat salah dengan siapa-siapa,kenapa Tuhan duga Liya macam nie?” Dia mula marah-marah,mujurlah aku nie gagah dan tampan,masih dapat menerima tumbukan gadis ini.

“Liya,Liya! Behave yourself” aku menguatkan suara,tak bermaksud nak memarahi dia,tapi aku nak menyedarkan dia. Dia terhenti,dari menumbuk dadaku. Aku cuba untuk memeluk dia,menenangkan dia,tapi dia menolak tubuhku,aku terjatuh dan dia lari,lari daripada aku. Eh,dia nie nak ajak aku lumba lari lak ke kat tasik nie..hehehe..bayangkan jejaka tampan nie berlari dengan seluar slack dan kemeja lengkap bertali leher lak tue dah macam ape dah…sempat lagi aku verangan tuh!

“Liya !” aku menjerit dan dengan pantas berlari kearahnya. Dia jatuh pengsan,dikerumuni oleh ramai orang. Hatiku berdegup kencang,jiwaku walang. Mujurlah PPUKM tue hanya sekangkang king kong dari Tasik Permaisuri…aku memecut laju ke kecemasan. Disambut dengan pandangan pelik rakan-rakan sekerja tentunya.

“Zal,ko bawak awek mane lak nie?” tanya seorang pembantu kesihtan di kaunter selepas usai melepaskan Liya pada mereka yang lebih fasih.

“Awek? Hahah tue bakal bini aku tue!” ceyh dengan penuh poyo aku berbicara.

“La yeke..bertuahnya kau..habis tue nape pengsan lak? Ko tak bagi dia makan eh,.aku tengok pucat”

“Mana ada..dia tak sihat la…” aku pantas berlalu apatah lagi bila melihat MO yang attend case Liya keluar dari bilik rawatan.

“Doktor,camne keadaan tunang saya?”

“Tunang encik dah stabil,Cuma ada minor anemia,dia punye hb rendah,so kite admit ward untuk masukkan air dan darah,” aku mengangguk-angguk kepala.

“Boleh encik hubungi,keluarga terdekat tunang encik?”

“Oh ya,sure,” aku terketar-ketar..aku tak tahu siapa yang patut aku hubungi. Perlahan aku membuka beg tangannya,cuba mencari apa-apa yang boleh membantu aku untuk menghubungi keluarganya. Tapi aku tak mendapat sebarang petunjuk. Aku buntu. Lama aku bermenung di luar unit kecemasan tu,aku Cuma tersedar bila namaku dipanggil oleh staffnurse yang bertugas,bahawa Liya akan dipindahkan ke wad 6H. Aku mengiringi dia ke wad,sambil otakku ligat berfikir, tiba-tiba satu idea tercerna difikiranku. Handphone! Ye handphone! Perlahan aku membuka telefon sony eriason itu,melihat daftar panggilan yang terakhir. Aku melihat satu nama yang disave dengan nama,my hunny bunny. Hurm…sudah dimilikah seorang gadis bernama Liya? Hatiku hancur berkeping. Perlahan aku mendail nombor telefon tue,anak jantan kena tabah beb!

Usai menelefon mamat tue,aku duduk-duduk di hadapan wad. Menunggu dia yang berjanji untuk datang secepat mungkin. Sedang bermenung,aku teringat,kenapa aku tak menelefon Tikah,mungkin dia tahu bagaimana untuk menghubungi keluarga Liya.

Setengah jam berlalu,barulah ada seorang mamat segak berkot bagai menghampiriku.

“Assalamualaikum saudara,”

“Ya saya,” aku mengangkat wajah,melihat jejaka itu.

“Saudara nie Rizal ye,” aku mengangguk, “Saya, Farid,teman lelaki Liya yang Encik Rizal telefon tadi,”

“Please,tak perlu berencik-encik dengan saya,panggil je Rizal,”

“Oh ok,” dia menganggukkan kepala,sambil tangannya masih ligat menari-nari di telefon blackberrynya. Hurm,dia nie tak nak jenguk Liya ke…Rizal masih memerhati Farid yang seperti tidak mengendahkan keadaan Liya.

“Awak tak nak jenguk Liya ke?”

Seperti baru tersedar, “Oh ya,saya tunggu Tikah dulu,by the way,macam mana awak kenal Liya ye?”

“Oh,saya nie kawan Tikah,kerja kat sini,” Farid menganggukkan kepala,sambil matanya masih tertancap pada skrin blackberry di tangannya,entah apa yang menarik sangat pada skrin tue,aku pun tak tahu!

Tak lama selepas itu,Tikah tiba bersama tunangannya. Wajah penuh kerisauan terpampang di air mukanya.

“Riz pe yang berlaku weyh?” selepas bersalaman dengan Azman,kawan baikku merangkap tunang Tikah,aku tenang bercerita.

“Oh..patut la aku Nampak dia muram semacam je dua tiga hari ni,” Tikah berkata selepas aku menghabiskan hikayatku. Manakala Farid,aku tak faham kenapa dia masih dengan wajah kosongnya,tanpa ekspresi.

Ketika memasuki wad itu,Liya masih lagi tidak sedarkan diri.dirinya masih tenang seperti tertidur.

Tikah menelefon diriku,ketika aku baru sahaja pulang dari kerja oncall ku. Kantuk yang meraja dimata membuat aku terasa malas untuk menekan butang hijau itu. Tapi,kugagahkan. Dan panggilan itu membuat hidupku berpusing 360 darjah.

2 comments: